RIMBA AIR FORCE BASE,
Wednesday
20 July 2022
– Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Surah Yassin and Tahlil recitation in remembrance of our fallen heroes in the Bell 212 helicopter incident, held at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).
Present for the event was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of Royal Brunei Air Force (RBAirF). Also in attendance were Commandant of Defence Academy, Deputy Commandant of Defence Academy, RBAirF’s Board of Executives, Senior officers, Intake Commander of Officer Cadet School (OCS), Officers and Airmen. The event commenced with the recital of Surah Yassin and Tahlil led by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin.
The ceremony continued with Doa Peliharakan Sultan and concluded with the recital of
Selawat. This Surah Yassin and Tahlil recitation ceremony is an annual event held by RBAirF in thoughts of the members involved the Bell 212 helicopter crash incident that happened on 20 July 2012.



BACAAN SURAH YASSIN AND TAHLIL BAGI MEMPERINGATI ANGGOTA-ANGGOTA YANG TERKORBAN DALAM INSIDEN NAHAS HELIKOPTER BELL 212
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA,
Rabu 20 Julai 2022 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Surau Al-Barakah Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba) bagi memperingati anggota-anggota yang terkorban dalam insiden nahas helikopter Bell 212.
Hadir bagi Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Turut hadir ialah Komandan Akademi Pertahanan, Timbalan Komandan Akademi Pertahanan, Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai Pengambilan Sekolah Pegawai Kadet (SPK), Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TUDB. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil yang diketuai oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin.
Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan diakhiri dengan Selawat. Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil adalah salah satu majlis yang disambut setiap tahun bagi memperingati anggota-anggota yang terlibat dalam insiden nahas helikopter Bell 212 yang berlaku pada 20 Julai 2012.

