RIMBA AIR FORCE BASE. Thursday, 01 September 2022 – No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Thanksgiving Ceremony in conjunction with 39 years of Air Defence establishment in the RBAirF since it was first established on 01 September 1983. The ceremony took place at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB). Present during the ceremony was Major (U) Amierul Halpi bin Talip, Commanding Officer No. 2 Wing, RBAirF.

The ceremony began with the mass Maghrib prayer, the recital of Surah Yassin, Tahlil and followed by the Thanksgiving Doa led by Yazid bin Haji Johari, the Imam of Surau Al-Barakah. The ceremony concluded with the mass Isya’ prayer.

The Thanksgiving ceremony was also held to express gratitude for all No.2 Wing personnel who have strived to achieve the mission and vision of RBAirF.






MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN PENUBUHAN PERTAHANAN UDARA KE-39

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 1 Sept 2022 – Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Penubuhan Pertahanan Udara yang ke-39 tahun sejak pertama ditubuhkan pada 01 September 1983. Majlis ini diadakan di Surau Al- Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba). Hadir pada majlis tersebut adalah Mejar (U) Amierul Halpi bin Talip,  Pegawai Pemerintah Cawangan No.2, Kumpulan Gerakan, TUDB.

Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu Maghrib berjemaah, disusuli dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil serta bacaan Doa Kesyukuran yang diketuai oleh Imam Surau Al- Barakah, Yang Mulia Yazid bin Haji Johari. Majlis diakhiri dengan Solat Fardhu Isya’ berjemaah.

Majlis seumpama ini dihasratkan sebagai tanda kesyukuran bagi setiap anggota yang berkhidmat kepada Cawangan No. 2 kearah mencapai visi dan misi TUDB.