RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday,
19 July 2022
– The 3rd Royal Thai Air Force (RTAF) – Royal Brunei Air Force (RBAirF) Air Working Group (AWG) Meeting 2022 was held successfully on 19 July 2022 via video teleconference (VTC). The Co-Chairman for RTAF was Group Captain Sithipol Pomtri, Deputy Director, Office of Operations and Training, Directorate of Operations. Representing RBAirF was Lieutenant Colonel (U) Haji Mohammad Albadii Shahnoel bin Haji Mohammad Noeh, Chief of Staff RBAirF.

The meeting began with an opening remark from both Co-Chairman followed by the planned agenda, focusing on 05 main areas; Senior and Junior Officer Engagement Program (SJOEP), Bilateral Exercises, Subject Matter Expert Exchange (SMEE), Educational Exchange and discussions of other matters. The meeting concluded with closing remarks from both Co-Chairman as well, and exchanges of gifts from both Co-Chairman to the attending Defense Attaché respectively, on behalf of their country’s delegation.

The AWG Meeting is held once every two years hosted by both countries on an alternate basis. The 2nd AWG Meeting was held at Air Movement Centre, Rimba Air Force Base (Rimba AFB) on 13 August 2018 and the 3rd AWG Meeting was initially scheduled to be conducted in 2020. However, due to the prolonged COVID-19 pandemic situation, it was delayed until this year. The meeting’s main objectives are to discuss activities and all sorts of interactions or exchanges aimed at enhancing close relations as well as maintaining strong military and diplomatic cooperation between the two Air Forces.


MESYUARAT KELOMPOK KERJA UDARA TUDT – TUDB KALI KE-3, 2020.

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 19 Julai 2022 – Mesyuarat Kelompok Kerja Udara (KKU) Tentera Udara Diraja Thailand (TUDT) – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) kali ke-3 telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Julai 2022 secara maya. Pengerusi Bersama bagi pihak TUDT ialah
Group Captain Sithipol Pomtri,
Deputy Director, Office of Operations and Training, Directorate of Operations, manakala daripada pihak TUDB, Pengerusi Bersama ialah Leftenan Kolonel (U) Haji Mohammad Albadii Shahnoel bin Haji Mohammad Noeh, Ketua Staff TUDB.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada kedua-dua Pengerusi Bersama. Ianya kemudian disusuli dengan agenda-agenda yang telah dirancangkan, memfokuskan kepada 5 perkara utama iaitu,
Senior and Junior Officer Engagement Program (SJOEP),
Bilateral Exercises,
Subject Matter Expert Exchange (SMEE),
Educational Exchange dan perbincangan mengenail hal-hal lain. Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penutup daripada kedua-dua Pengerusi Bersama, dan pertukaran hadiah daripada kedua-dua Pengerusi Bersama kepada Atase-atase Pertahanan yang hadir, bagi pihak delegasi negara masing-masing.

Mesyuarat KKU ini diadakan sekali setiap dua tahun dan dihoskan oleh kedua-dua negara secara bergilir-gilir. Mesyuarat KKU kali ke 2AWG ke-2 telah diadakan di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba) pada 13 Ogos 2018 dan Mesyuarat KKU kali ke 3 sebenarnya dijadualkan untuk dijalankan pada tahun 2020. Namun demikian, disebabkan situasi pandemik COVID-19 yang berpanjangan, ianya ditangguhkan sehingga ke tahun ini. Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan aktiviti dan semua jenis interaksi atau pertukaran yang bertujuan untuk meningkatkan hubungan rapat serta mengekalkan kerjasama ketenteraan dan diplomatik yang kukuh antara kedua-dua Tentera Udara.