RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 21 November 2023 – A Leadership Session with the Commander of Royal Brunei Air Force (RBAirF), Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, was held at the Bilik Alap-Alap, RBAirF Headquarter which was attended by a total of 12 Air Force Officer Cadets (OCdts) from the Officer Cadet School (OCS) Intake 22, Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) who had just completed their Special to Service (STS) term within the unit.
During the session, the Commander engaged in open and interactive discussions, sharing key updates on the RBAirF’s initiatives, technological advancements, and ongoing efforts to strengthen its capabilities. The Commander emphasised the importance of adaptability, resilience, and a commitment to excellence in the rapidly evolving landscape of military aviation. The interactive nature of the session fostered a dynamic exchange of ideas, allowing the OCdts to pose questions and seek guidance on various aspects of leadership and professional development, as well as a unique opportunity to gain a comprehensive understanding of the RBAirF’s current priorities and future trajectory. The interactive leadership session stands as a testament to the RBAirF’s dedication to fostering a culture of excellence and continuous improvement.
In his closing remarks, the Commander expressed his confidence in the capabilities of the next generation of RBAirF Officers, highlighting the importance of their role in upholding the RBAF’s standard of professionalism and dedication.


SESI PERJUMPAAN PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI DENGAN PEGAWAI KADET TENTERA UDARA DARI SEKOLAH PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-22
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 21 November 2023 – Sesi Kepimpinan bersama Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim telah diadakan di Bilik Alap-Alap, Markas TUDB. Ianya telah dihadiri oleh 12 Pegawai Kadet (PKdt) Tentera Udara dari Sekolah Pegawai Kadet (SPK) Pengambilan ke-22, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) yang baru sahaja menamatkan penggal
Special to Service (STS) mereka di TUDB.
Semasa perjumpaan tersebut, Pemerintah TUDB telah berbincang dan berinteraksi secara terbuka, berkongsi maklumat terkini mengenai inisiatif, kemajuan teknologi, dan usaha berterusan untuk mengukuhkan keupayaan TUDB. Pemerintah TUDB menekankan kepentingan kebolehsuaian, daya tahan, dan komitmen terhadap kecemerlangan dalam landskap penerbangan ketenteraan yang berkembang pesat. Sesi ini telah memupuk pertukaran idea yang dinamik, membolehkan PKdt mengemukakan soalan dan mendapatkan panduan tentang pelbagai aspek kepimpinan dan pembangunan profesional serta peluang yang unik dalam mendapatkan pemahaman yang menyeluruh tentang keutamaan semasa dan trajektori masa hadapan TUDB. Sesi kepimpinan ini merupakan dedikasi TUDB dalam memupuk budaya kecemerlangan dan penambahbaikan berterusan.
Di dalam ucapan penutupnya, Pemerintah TUDB menyatakan keyakinannya terhadap keupayaan generasi Pegawai akan datang dan menekankan kepentingan peranan mereka dalam menegakkan taraf profesionalisme dan dedikasi terhadap ABDB.
