
RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 15 February 2023 – In welcoming the newly commissioned Officers of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) from Intake 21, a session was held with Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF as part of the one-week induction programme.
In the session, the Commander of the RBAirF emphasizes the importance of responsibilities, meticulous planning, and degree of preparation throughout the career. The Commander also highlights the significance of professionalism in offering knowledge and expertise to the organisation and in avoiding the unacceptable behavior of an officer. During the session, the RBAirF Commander shares a few insights for the young officer to be able to learn, adapt and re-learn, as well as to be able to make a thorough decision making. The session was concluded with a brief reminder to the newly commissioned officer to give their best effort and provide a better outcome to the organisation.
The session aims to welcome the newly commissioned officers to the RBAirF and to enable the young officer to communicate with the Commander of RBAirF.


SESI PEGAWAI-PEGAWAI TUDB YANG BARU DITAULIAHKAN DARI PENGAMBILAN KE-20 BERSAMA PEMERINTAH TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 15 Februari 2023 – Bagi mengalu-alukan Pegawai Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) Pengambilan Ke-21 yang baru ditauliahkan, sesi bersama Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB telah diadakan sebagai sebagaian daripada program pengenalan.
Semasa sesi tersebut, Pemerintah TUDB menekankan kepentingan tanggungjawab, usaha yang dirancang serta tahap persediaan adalah sangat penting untuk dipraktikkan di sepanjang kerjaya mereka. Pemerintah TUDB turut menyatakan kepentingan profesionalisme dalam menyumbangkan pengetahuan dan kepakaran yang diperolehi untuk organisasi serta mengelakkan melakukan tingkah laku yang tidak wajar sebagai seorang pegawai tentera. Selain itu, Pemerintah TUDB turut memberi peringatan bahawa adalah sangat penting untuk menyerapkan sikap sentiasa belajar, menyesuaikan diri, belajar semula serta membuat keputusan yang baik adalah sangat penting untuk dipraktikkan sepanjang kerjaya mereka. Sesi tersebut diakhiri dengan peringatan daripada Pemerintah TUDB kepada pegawai yang baru ditauliahkan untuk memberikan usaha yang baik kepada organisasi.
Sesi tersebut diadakan bertujuan untuk mengalu-alukan kedatangan Pegawai-pegawai baru ke TUDB serta memberi peluang untuk berkomunikasi secara terbuka bersama Pemerintah TUDB.
