​REPUBLIC OF SINGAPORE, Friday, 17 February 2023 – Air Warfare Officer (AWO) course was conducted by the Republic of Singapore Air Force (RSAF) which began on 22 August 2022 and ended on 17 February 2023. With 32 trainees, the course took place in the Air Force Training Command (AFTC) and Chong Pang Camp (CPC), Singapore. Representing Royal Brunei Air Force (RBAirF) was Lieutenant (U) Iz’aan Na’im Iylia’ bin Awang Julaihi of 238 Squadron, No. 2 Wing, RBAirF, and Lieutenant (U) Abdul Qawiy bin Haji Muhd Ya’kub of 233 Squadron, No. 2 Wing. 

During the early phase of the course, theory lessons were mostly conducted at AFTC, where trainees were exposed to and learned about the system and safety of the Robosystem (RBS-70) and Portable Search and Target Acquisition Radar (PSTAR). Trainees then shift progressively towards hands-on training in CPC, involved in physical combat training before leading up to and in preparation for the final exercise. Throughout the course, trainees have emphasized the importance of immeasurable safety and situational awareness. By the end of the course, trainees have developed their skills and abilities in Air Defence Operation and Deployment, which will further equip them with the knowledge and foundations to become Air Defence Officers. 

Lieutenant (U) Iz’aan and Lieutenant (U) Qawiy, along with all the other trainees, officially graduated in the RSAF Combined Graduation Ceremony (RCGC), which was held on 16 February 2023 at the AFTC. The Guest of Honor was Brigadier General Lau Boon Ping, Singapore Chief of Staff – Air Staff. In attendance was Lieutenant Colonel Azman bin Haji Peizan, Defense Adviser of Brunei Darussalam to the Republic of Singapore. Afterward, Lieutenant (U) Iz’aan and Lieutenant (U) Qawiy also participated in and experienced the RSAF Graduation Dining In (RGDI) ceremony.



DUA PEGAWAI TUDB MENAMATKAN KURSUS AIR WARFARE OFFICER DI SINGAPURA


REPUBLIK SINGAPURA, Jumaat, 17 Februari 2023 – Air Warfare Officer (AWO) adalah Kursus Asas Pertahanan Udara Pegawai yang dikendalikan oleh Tentera Udara Republik Singapura (TURS). Kursus ini bermula pada 22 Ogos 2022 hingga 17 Februari 2023 dan berlangsung di Air Force Training Command (AFTC) dan Chong Pang Camp (CPC) dengan seramai 32 anggota. Mewakili TUDB dari Cawangan No. 2 ialah Leftenan (U) Iz’aan Na’im Iylia’ bin Awang Julaihi dari Skuadron 238 dan Leftenan (U) Abdul Qawiy bin Muhd Ya’kub dari Skuadron 233.

Kursus tersebut dimulakan dengan pengenalan, pengetahuan dan keselamatan apabila menggunakan kedua-dua sistem iaitu Robotsystem 70 (RBS-70) dan Portable Search and Target Acquisition Radar (PSTAR). Kemudian, kursus dijalankan secara secara latihan praktikal dan disamping itu, peserta kursus terlibat dalam mempertingkatkan ketahanan jasmani ketenteraan sebagai persiapan untuk menjalani latihan akhir. Keselamatan ditekankan sebagai keutamaan semasa menggunakan dan mengendalikan sistem. Selain itu, anggota kursus memperkembangkan kebolehan mereka dalam semua fasa penempatan Pertahanan Udara iaitu Persediaan, Pergerakan, Menduduki, Operasi & Berhenti – meningkatkan keupayaan sistem Short Range Air Defense (SHORAD), yang mempersiapkan anggota untuk menjadi seorang Pegawai Pertahanan Udara.

Dua Pegawai TUDB tersebut secara rasminya telah menamatkan kursus bersama cawangan kursus yang lain dalam Majlis RSAF Combined Graduation Ceremony (RCGC) yang telah diadakan pada 16 Februari 2023 di AFTC. Tetamu Kehormat majlis adalah Brigedier Lau Boon Ping, Ketua Staff TURS. Turut hadir ialah Leftenan Kolonel Azman bin Haji Peizan, Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura. Sejurus selesai penganugerahan lencana dan sijil, Leftenan (U) Iz’aan dan Leftenan (U) Qawiy turut serta dalam upacara RSAF Graduation Dining In (RGDI) sebagai majlis perpisahan setelah menamatkan kursus.