RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 13 July 2022
– Final Planning Conference (FPC) for the 9th LATMA ELANG BRUNESIA 2022 was held virtually for two (2) days from 12 to 13 July 2022 between
Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) and Royal Brunei Air Force (RBAirF).
The FPC was Co-Chaired by Lieutenant Colonel (U) Haji Mohd Rahimin bin Haji Ismail, Commanding Officer No. 3 Wing, RBAirF and Colonel Agni Pragoyo, Commanding Officer No. 4 Wing, TNI AU.
The objectives of the FPC is to finalize on the coordination for Field Training Exercise (FTX) LATMA Elang Brunesia IX/2022 preparations that is scheduled to be held in October of this year, hosted by RBAirF. Both Co-Chair are certain that this engagement will benefit both air forces in building trust, confidence, and stronger friendship with one another.
Exercise Concept of Operations (CONOPS) will focus on the provision of a bilateral air support by conducting aerial delivery of logistical supply, Search & Locate (SAL) and Search & Rescue (SAR) operations in the context of Humanitarian Assistance & Disaster Relief (HADR) operation.
Over the course of the conference, both RBAirF and TNI AU have displayed tremendous levels of cooperation in developing a comprehensive and robust plan that is expected to contribute meaningfully to the success of the FTX LATMA Elang Brunesia IX/2022.
The virtual conference concluded with the review and endorsement of the minutes of meeting.



PERSIDANGAN PERANCANGAN AKHIR LATIHAN BERSAMA (LATMA) ELANG BRUNESIA IX/2022
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 13 Julai 2022 – Persidangan Perancangan Akhir (FPC) bagi LATMA ELANG BRUNESIA 2022 ke-9 telah diadakan secara maya selama dua (2) hari iaitu daripada 12 sehingga 13 Julai 2022 diantara Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) dan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).
Pengerusi Bersama bagi persidangan tersebut adalah Leftenan Kolonel (U) Haji Mohd Rahimin bin Haji Ismail, Pegawai Pemerintah Cawangan No.3, TUDB dan Kolonel Agni Pragoyo, Pegawai Pemerintah Cawangan No.4, TNI AU.
Objektif bagi FPC tersebut adalah untuk memuktamadkan penyelarasan bagi persiapan FTX LATMA Elang Brunei IX/2022 yang dijadualkan pada Oktober tahun ini, dihoskan oleh TUDB. Pengerusi Bersama TUDB dan TNI AU yakin bahawa penglibatan ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua tentera udara dalam membina kepercayaan, keyakinan, dan persahabatan yang lebih kukuh antara satu sama lain.
Konsep Operasi Latihan (CONOPS) akan memberi tumpuan kepada penyediaan sokongan udara dua hala dengan menjalankan penghantaran bekalan logistik melalui udara, misi mencari (SAL) dan misi mencari & menyelamat (SAR) dalam konteks operasi Bantuan Kemanusiaan & Bencana Alam (HADR).
Sepanjang persidangan berlangsung, TUDB dan TNI AU telah mempamerkan tahap kerjasama yang luar biasa dalam membangunkan pelan yang komprehensif dan mantap yang dijangka dapat menyumbang kepada kejayaan FTX LATMA Elang Brunesia IX/2022.
Persidangan secara maya selama 2 hari tersebut diakhiri dengan semakan dan pengesahan minit mesyuarat.
