RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 21 September 2026 – Training Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a promotion ceremony today for three Senior Non-Commissioned Officers (SNCO). The ceremony took place at the Training Group Headquarters, Rimba Air Force Base.
The officiating officer, Lieutenant Colonel (Udara) Amierul Halpi bin Talip, Commandant of Training Group, RBAirF, formally presented the newly promoted personnel with their insignias of rank. In his keynote remarks, the Commandant extended his warmest congratulations to the recipients, underscoring that advancement brings an elevated demand for leadership, unwavering discipline, and a profound sense of duty. Furthermore, he emphasized that this milestone reflects the utmost trust and confidence reposed in them to effectively guide and inspire their subordinates.
The event concluded with a commemorative group photograph to mark the occasion.



MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN KUMPULAN LATIHAN, TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 21 September 2026 – Kumpulan Latihan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan majlis kenaikan pangkat hari ini bagi tiga Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan. Majlis tersebut berlangsung di Markas Kumpulan Latihan, Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel (Udara) Amierul Halpi bin Talip, Komandan Kumpulan Latihan, TUDB, yang secara rasmi menyampaikan lencana pangkat kepada PTB-PTB Kanan yang baru dinaikkan pangkat. Dalam ucapan beliau, Komandan Kumpulan Latihan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada para penerima, di samping menekankan bahawa kenaikan pangkat ini membawa tuntutan yang lebih tinggi terhadap kepimpinan, disiplin yang jitu, serta kesedaran amanah dan tanggungjawab yang tinggi. Tambahan pula, beliau menegaskan bahawa pencapaian ini mencerminkan setinggi-tinggi kepercayaan dan keyakinan yang diletakkan kepada mereka untuk menerajui serta membimbing anggota bawahan dengan berkesan.
Majlis diakhiri dengan sesi gambar ramai bagi mengabadikan detik bersejarah tersebut.


