GUAM, UNITED STATES OF AMERICA, Tuesday, 03 November 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) participated in the 3rd Pacific Air Forces (PACAF) Air Domain Awareness (ADA) Symposium for Senior Leaders, held in Guam, United States of America. Lieutenant Colonel (U) Mohammad Anwar Shah bin Haji Napiah and Major (U) Muhammad Isyhak bin Haji Ismail led the RBAirF delegation.

The symposium convened senior leaders from regional Air Forces, including the Royal Malaysian Air Force, Indonesian Air Force, and Philippine Air Force. It served as a vital strategic platform to exchange institutional knowledge, share operational insights, and explore collaborative frameworks to fortify ADA across the Indo-Pacific region.

Key deliberations focused on crucial facets of modern airspace security, encompassing ADA principles, Air-Centric Common Operating Pictures, and Civil-Military Governance. Delegates also examined Counter-Unmanned Aircraft Systems (C-UAS) tactics, Artificial Intelligence applications in air operations, and the formulation of robust strategic frameworks to counter emerging security threats and evolving regional challenges.

RBAirF’s involvement underscores its unwavering commitment to deepening regional defense cooperation, fostering professional engagement, and cultivating enduring partnerships built on mutual trust and informational synergy. The strategic insights garnered will drive the RBAirF’s ongoing initiatives to bolster Brunei Darussalam’s airspace surveillance, interagency coordination, and integrated air defense planning.

TUDB SERTAI SIMPOSIUM KESEDARAN DOMAIN UDARA PACAF KE-3 DI GUAM

GUAM, AMERIKA SYARIKAT, Selasa, 03 November 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menghadiri Simposium the 3rd Pacific Air Forces (PACAF) Air Domain Awareness (ADA) bagi Pemimpin-Pemimpin Kanan, yang berlangsung di Guam, Amerika Syarikat. Delegasi TUDB diketuai oleh Leftenan Kolonel (U) Mohammad Anwar Shah bin Haji Napiah dan Mejar (U) Muhammad Isyhak bin Haji Ismail.

Simposium tersebut menghimpunkan para pemimpin kanan daripada Tentera-Tentera Udara serantau, termasuk Tentera Udara Diraja Malaysia, Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara, dan Tentera Udara Republik Filipina. Perhimpunan ini berfungsi sebagai platform strategik yang penting bagi bertukar-tukar pengetahuan institusi, berkongsi pengalaman operasi, serta meneroka rangka kerja kolaboratif demi memperkukuh kesedaran domain udara di seluruh rantau Indo-Pasifik.

Pertukaran pandangan utama ditumpukan kepada aspek-aspek penting dalam keselamatan ruang udara moden, yang merangkumi prinsip-prinsip ADA, Air-Centric Common Operating Pictures, dan Tadbir Urus Awam-Militari. Para delegasi turut meneliti taktik Counter-Unmanned Aircraft Systems (C-UAS), aplikasi Artificial Intelligence dalam operasi udara, serta penggubalan rangka kerja strategik yang teguh bagi menangani kemunculan ancaman keselamatan dan cabaran serantau yang dinamik.

Penglibatan TUDB ini menegaskan lagi komitmen padu dalam meningkatkan kerjasama pertahanan serantau, memupuk penglibatan profesional, serta membina perkongsian berterusan yang berteraskan kepercayaan mutual dan sinergi maklumat. Cetusan minda strategik yang diperoleh ini akan memacu inisiatif berterusan TUDB dalam memperkasa pengawasan ruang udara Negara Brunei Darussalam, penyelarasan antara agensi, serta perancangan pertahanan udara bersepadu.